Rabu, 30 Disember 2009

Asam Pedas Melaka.

Tetiba tengah hari tadi terfikir nak makan asam pedas melaka,aku dan housemate aku pun apa lagi,terus pergi kampung pandan.dlm pukul 2 kami sampai dan masa tu kat luar meja dah penuh,emm aku dan housemate aku pun buat tak tau je pilih ikan,kami ambil la ikan jenahak 2 potong utk masak asam pedas,order telor dadar.sambil tunggu hidangan sampai sempat la bual2 pasal kerja dan peribadi sikit2.tiba2 hidangan sampai.masing2 memang tengah lapar pun maklum la dah pukul 2 lebih kan.apa lagi terus sental sampai licin dan siap tambah nasi lagi maklum la ada sambal belacan dan ulam lagi huhuhuhu best beb.kalau kauorg nak tau gambar asam pedas tu aku ambil masa tengah mendidih dan berasap lagi tu.memang best la.kauorg cuba la try kedai tu...........the best asam pedas melaka.

Selasa, 29 Disember 2009

berakhirnya 2009


sepanjang tahun 2009 bergitu banyak cabaran buat aku,tapi alhamdulilah semuanya dpt aku tempuh dgn sabar.aku harap dgn kehadiran 2010 ni aku lebih tabah lagi dan aku harap kehidupan aku semakin menyenangkan dan aku harap tahun 2010 ni memberi aku semangat baru.selamat tinggal tahun 2009,semoga semua kenangan akan bersemadi dlm hati aku tak kira la pahit atau manis.

Selasa, 8 Disember 2009

THE STORM WARRIORS


peminat komik pedang setiawan yg dah lama menantikan filemnya,harap semua ni berbaloi la.aku cukup minat cerita ni maklum la dah ikut komik dia dari no1 lagi sampai skrg dan aku sendiri tak ingat tahun bila mula2 aku beli komik tu.aku harap apa yg di nantikan cukup memuaskan..........

Selasa, 1 Disember 2009

Kucing kesayangan mak aku

Ni lah kucing kesayangan mak aku.masa kecil dia dtg sendiri ke rumah aku bila dah besar bulu dia cantik pulak.ekor kembang dan badan besar betul.aku timbang baru ni 4 kilo setengah berat dia.kucing ni suka bermanja,biasa lepas mkn je mesti nak tidur atas org atau nak org belai dia.kauorg tengok la dia tidur terkangkang je hehehe.klu dia dah kenyang 1 hari tidur tanpa org gangu pun takpe,hehehehe.......

WAJAH BARU SELEPAS KELUAR ICU

ni la wajah kereta aku lepas keluar dari icu,bonet aku dah tukar ke warna hitam,nampak cantik juga sbb kena dgn warna biru gelap tu,cuma aku tak puas hati sbb lampu aku sebelah kiri tu retak.masa ganti tu pomen tak nampak sbb lampu tu tinted.tunggu la dulu aku nak tukar lampu lain pulak.........apa pun aku terima apa juga yg dah berlaku.alhamdulilah aku selamat.........

Khamis, 19 November 2009

TANPA DI DUGA



Isnin-16/11/09 pukul 1.15PM dalam keadaan hujan renyai2 tanpa di duga aku kemalangan.tiba2 aku tekan break dan kereta mengelunsur macam jalan berminyak je dan dum hentam kereta di depan.kauorg tengok sendiri la keadaan kereta aku sekarang ni.terduduk aku tengok.dah la dah nak raya haji ni.pening kepala beb............

Ahad, 15 November 2009

2012


12HB,pembukaan utk cerita ni di setiap pawagam,aku dan abg angkat aku pun memang dah lama perhatikan dan tunggu cerita ni.apa lagi 11hb aku pagi2 pergi beli tiket wayang,nasib baik la masih ada lagi yg tinggal walaupun dah nak penuh.
cerita ni memang menarik,aku masih nak tengok lagi tapi tunggu DVD la pulak huhuhu............

Rabu, 11 November 2009

Jumaat, 6 November 2009

berginilah aku


mcm ni la aku di tempat kerja.klu takde kerja memang aku dan kawan2 asik bergambar je sbb dah tak tau nak buat apa.kerja tak banyak mula la bosan huhuhuhu

Jumaat, 23 Oktober 2009

kereta

aku baca majalah kereta dan terfikir idea utk letak gambar kereta aku dlm blog,walaupun kereta aku ni tak la cantik sangat tapi aku suka makeup,sama gak la mcm org lain yg gila kereta.
kereta ni aku beli terpakai,wira 1.5 sedan.
kenapa aku pilih wira sedan?
mula2 dulu aku fikir nak beli myvi atau kelisa tapi kena hutang
sbb tu aku ubah fikiran utk beli wira dan aku beli cash.
dan skrg aku puas hati dan kereta tu dan kereta tu la yg paling aku syg sekali.
bonet luas sampai masuk box speker pun masih boleh letak barang2 lain lagi.
skrg yg masih aku nak buat cuma spotrim dan exzos je lagi.yg lain aku dah puasa hati dah
warna biru tu memang warna kesukaan aku dari dulu lagi.
ni gambar dari sisi,belakang aku tambah spoiler,cermin aku dah tinted dan aku bagi tinggi belakang sikit.spotrim tu memang masa beli dah ada.
stereng pun aku tukar gak sbb lebih selesa lagi,tapi kauorg tengok la tisu mesti ada tu penting tu hehehe
seat belakang aku tukar cover dan tambah span sikit supaya sama dgn depan,depan pun aku dah tukar.baru nampak cantik beb.
aku dah ganti radio,speker aku tambah kat tepi pintu dan tambah box kat belakang baru bunyi berdentum cam disco hehehe

WAJAH BARU


ni la wajah baru aku,lepas puasa ni berat badan makin naik lak.dah nampak makin gemuk.apa boleh buat selera makan makin bertambah,nak pulak abg angkat aku masak best2 kat rumah lagi la aku tak berhenti makan.hehehe

Khamis, 22 Oktober 2009

JINNOTTI


kebetulan aku dapat tiket free jadi aku ajak la abg angkat aku pergi tengok cite ni.best gak cite ni,kelakar tengok fara berlakon dan watak dia kira best la.aku bagi 5 bintang utk cite ni.rugi la klu kauorg tak tengok.

Isnin, 5 Oktober 2009

Adik kawan aku kahwin pada 27/09/09-ahad

Selamat pengantin baru buat mohd rizzal dan shafrina semoga sampai ke syurga ya.
ni rombongan kawan2 aku dan family aku masa pergi kenduri kahwin adik kawan aku,yang gambar ber3 tu abg angkat aku,aku(di tengah)dan mak aku.

BERAYA DI TEMPAT KERJA

mcm ni la keadaan aku beraya di tempat kerja.thank kawan2 semua.SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..............



walaupun tak dapat balik beraya ke kampung,tapi di tempat kerja tetap meriah gak.nasib baik kawan2 ada untuk menghilangkan kerinduan pada keluarga.

Rabu, 30 September 2009

lemang


raya ke5 baru balik kampung,mak aku tetap masakkan lemang utk aku,sedih aku bila sampai rumah tengok lemang baru letak kat tepi api tu.sempat juga la aku bantu masak lemang.thank mom,i love u.

Selasa, 22 September 2009

HARI RAYA AIDIL FITRI


sedih tahun ni dah la kena kerja,org tersayang pula tak dapat beraya bersama,pagi2 raya terpaksa call mak ayah minta maaf dan call org tersayang.walau apa pun nasib baik kawan2 ada temankan,uuuwwwwaaaaa sedih beb

Khamis, 17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA


selamat hari raya maaf zahir dan batin buat teman2 semua.terima kasih kepada yg sudi baca blog aku ni.aku minta maaf sekiranya aku ada buat salah atau tersalah cakap.sedih la raya ni kena kerja raya ke 4 selepas habis kerja baru aku boleh balik kampung.apa2 pun terima kasih atas sokongan kawan2 semua.

berbuka puasa di HR STEAK HOUSE

14 hari puasa kawan rumah aku dan kawan2 office dia nak buat berbuka puasa beramai2 dan dia tanya aku mana nak cari tempat yg best sbb dia dah cuba tempah di nelayan titiwangsa tapi dah penuh,jadi aku cadangkan di HR STEAK HOUSE sbb sku sll juga makan di situ.kami pun pergi la buat tempahan utk 20 org.
bila sampai waktu yg di janji kan kauorg tengok sendiri la bertapa meriahnya suasana masa tu.aku order air mangga dan chicken morocco combo,kenyang betul beb.nak pulak ada yg bawa kuih2 lagi.hehehehe




Jumaat, 11 September 2009

aku 2007


ni la aku masa 2007,gambar ni di ambil masa aku bercuti ke mersing untuk sambut bday aku.masa ni aku kurus lagi kan hehehehe

Isnin, 7 September 2009

yasin senario


lama dia menghilang,kebetulan 3 ramadhan aku terjumpa dia dan terus berbual2,panjang juga cerita kami.sambil berbual sempat juga dia buat lawak-tu lah yasin.memang kelakar orgnya.hehehe

Ahad, 30 Ogos 2009

Bday aku


hari ni 30 Ogos adalah bday aku,walaupun tak seberapa sangat sambutan tapi aku cukup happy bila kawan2 aku dtg ke rumah aku utk sambut bday aku dan org yg aku syg telah beri hadiah buat aku,cukup tersentuh buat aku.thank kawan2.

Karipap


ni la salah 1 kuih kegemaran aku bila bulan puasa.eemm sedap beb hehehehe

Selasa, 25 Ogos 2009

RAMADHAN..........................


Dengan kehadiran bulan yang mulia ini aku ingin meminta maaf sekiranya aku ada melakukan kesalahan pada kawan2 dan sealiran dgn nya.aku bergitu happy tahun ni sebab aku dpt sambut puasa dgn org yg aku sygi dan dapat berbuka bersama2 walaupun aku baru kehilangan seseorg yg paling aku syg.semoga tahun ini aku dapat melakukan ibadah puasa sebulan penuh.

Khamis, 20 Ogos 2009

bercuti ke melaka


kebetulan kawan rumah aku nak balik kampung dia di melaka jadi aku ambil keputusan utk ikut dia bercuti ke melaka,memang seronok pergi sana dapat jalan2 pusing town dan pergi tempat2 bersejarah.kau org tengok sendiri la gambar2 yg aku post tu.memang tak rugi pergi melaka.tapi penat la sbb kena berjalan jauh dan takut kena H1N1 maklum la dah musim virus tu sekarang ni kan.apa pun aku cukup berterima kasih kat kawan aku tu sbb sudi bawa aku jalan2 kat bandar bersejarah tu.i love melaka.
masa ni dah penat gila,dah tak larat dah nak jalan hehehehe tapi memang menyeronokan.banyak yang menarik di melaka.
ni masa kat muzium samudera,banyak model2 kpal dlm ni dan patung tu bukan si tanggang tau tu cuma kelasi2 yg menguruskan kapal tu,konon2nya la hehehehe